Sabtu, 28 Februari 2009

BERAKHIRNYA BADI

Malam tadi macam biasa lepas magrib pergi tenguk bola diStadium Tuanku Abd Rahman Paroi(STAR).Perlawanan antara NS menentang PDRM.Hari masih lagi hujan renyai2,Penonton nampaknya kurang,Kemunngkinan hari hujan,atau pun dia orang tenguk konset percuma di Komplek Belia dan Sukan,bersebelahan dengan STAR.Separuh masa pertama sahaja NS telah mendahului PDRM 2-1.Masuk saja separuh masa kedua Zaquan akhir berjaya juga menjaringkan gol yang dicari2nya,menjadikan kedudukan 3-1, NS masih lagi melakukan serangan bertali arus untuk gol keempatnya.Malam tadi juga penjaga gol PDRM juga cemerlang sekali,Kerana dia dapat menyelamatkan sepakan pancung dari ketua pasukan NS Rizal Zamri dan juga tandukan Zaquan.Payah sangat nak dapatkan jaringan keempat,sebelum ini NS tak pernah dapat jaringan lebih dari tiga jaringan.Akhirnya Zaquan berjaya juga menamatkan badinya dan badi NS untuk jariangan keduanya dan jaringan keempat untuk NS.Kepusanya NS4-PDRM1.

NS LWN PDRM

Jam kat computer baru pukul 6:58pm.Jam lapan nanti lepas magrib nak kestadium, biasa lah tenguk bola,malamni lawan PDRM.Masalahnya hari tengah hujanni,kerana NS kalau main dalam padang lecak memang dia ada masaalah,tapi bagaimana pun tenguk je lah apa keputusan nya. Harap2 menang.......

Khamis, 26 Februari 2009

HUJAN

Harini tak boleh buat apa2 hujan sepanjang hari.Bila musim hujan macamni,teringat masa kecik2dulu,kat kampong punca rezeki adalah menoreh getah.kalau dah hujan macamni mana boleh pergi noreh.kesian bila ingatkan orang tua masatu.kalau dah dua tiga hari hujan,lauk apa yang dapatje.harini pisang muda esuk pucuk ubi lusa nangka muda,rebung jantung dan macam2lah janji ada lauk.tapi bila dah lama tak jumpa benda2 taditu,kalau jumpa sekali2 sedap jugak.Saya dapat bayangkan sekarangni.Orang kampung saya pasti dalam kesusahan,hari hari hujan dahlahtu harga getah murah pulaktu.Tapi masa harga getah mahal dulu dia orang taknyimpan memang payah,kerana pada masa harga getah mahal dulu ada yang dapat pendapatan mengalahkan gaji orang lulusan ijazah yang baru dapat kerja.

Rabu, 25 Februari 2009

STAR PAROI

Malam tadi pergi stadium tenguk bola dng ayep.Hujan pulak,perlwanan bola sepak PIALA FA,pusingan kedua antara NS dng P.PINANG.kalau perlawanan pertama di P.Pinang seri satu sama.semasa dlm perjalanan terfikir juga yang NS ni ada masalah kalau main dlm hujan susah nak dapat jaringan,sebab dia orang main laju padang pulak licin.Sampai stadium hujan dah berhenti.Apa yang saya jangkakan memang betul,NS menyerang bertali arus namun gol yang dicari cari tak juga dapat dijaringkan.masatu penuntun dah mula geisah.tapi ada satu abang tu kata sabar...NS ni tak boleh mulakan jaringan,kalau dah dah dapat satu nanti dia akan bertalu talu,kurang2 tiga jaringan.Hinggalah minit ke40 lebih,Idris KarimNS berjaya mendahuluiP.Pinang. Masuk babak kedua NS berjaya menambah dua jaringan lagi.Apa yang menariknya Zaquan masih lagi buntu untuk menjaringkan gol.Dia sentiasa dikawal rapi,memang malam tadi nasib tidak menyebelahi dia,salah satu rembatanya terkena tiang,saya selut dia,memang dia pemain yang gigih.Apa2pun NS menang 3 berbalas 1.Kalau nak hilang tensyen pergilah tenguk bola distadium,kat sana boleh sorak,jeritdan macam2lah.

Selasa, 17 Februari 2009

trip jauh


hari ni lepas subuh gi hantar anak sekolah,pastu pergi subang ambil sample. hantar kePD.ambil dokuman bawa ke pasir gudang JB.